Kerjaya antarabangsa Karl-Heinz Riedle

Riedle melakukan penampilan sulungnya untuk Jerman Barat pada 31 Ogos 1988 ketika menentang Finland pada aksi Kelayakan Piala Dunia 1990. Beliau dipilih oleh jurulatih Franz Beckenbauer untuk ke dalam skuad Piala Dunia 1990 di Itali sebagai sandaran kepada Klinsmann dan Rudi Völler. Beliau beraksi pada empat perlawanan sehingga pasukannya meraih trofi Piala Dunia.

Salah satu memori terindah Riedle bersama pasukan kebangsaan Jerman ialah ketika perlawanan separuh akhir Euro 1992 menentang tuan rumah, Sweden. Riedle menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu untuk membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir. Beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan tersebut bersama tiga pemain lain dengan jumlah tiga gol. Beliau menjaringkan 16 gol sepanjang 42 penampilan antarabangsanya bersama Jerman.[3]

Statistik

Pasukan kebangsaan Jerman
TahunKmnclnGol
198811
198931
199091
199153
1992104
199385
199461
Jumlah4216

Gol antarabangsa

Gol antarabangsa oleh Karl-Heinz Riedle
#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
1 31 Ogos 1988Helsinki, Finland Itali0–4 0–4 Kelayakan Piala Dunia 1990
2 26 April 1989Rotterdam, Belanda Belanda0–1 1–1
3 19 Disember 1990Stuttgart, Jerman Barat Switzerland2–0 4–0 Persahabatan
4 11 September 1991London, England England0–1 0–1
5 16 Oktober 1991Nuremberg, Jerman Wales3–0 4–0 Kelayakan Euro 1992
6 16 Disember 1991Leverkusen, Jerman Luxembourg3–0 4–0
7 15 Jun 1992Norrköping, Sweden Scotland0–1 0–2 Euro 1992
8 21 Jun 1992Solna, Sweden Sweden0–2 2–3
9 1–3
10 9 September 1992Copenhagen, Denmark Denmark0–1 1–2 Persahabatan
11 24 Mac 1993Glasgow, Scotland Scotland0–1 0–1
12 13 Jun 1993Chicago, Amerika Syarikat Amerika Syarikat1–23–4Piala A.S.
13 1–3
14 1–4
15 13 Oktober 1993Karlsruhe, Jerman Uruguay3–0 5–0 Persahabatan
16 27 Jun 1994Dallas, Amerika Syarikat Korea Selatan2–0 3–2 Piala Dunia 1994